Sunday, 19 January 2020

Keresahan Yang Tiada Penghujungnya

Aku cuma mahu rehat. Aku mahu berhenti seketika daripada keresahan yang aku rasakan setiap hari. Penat. Letih. Setiap pagi aku akan bertanya diriku. Adakah hari ini aku mampu jadi lebih baik daripada semalam? Adakah aku boleh berkata-kata dengan bagus dan yakin? Adakah aku mampu menjadi seorang doktor sepertimana yang mereka harapkan? Adakah hari ini aku akan memudahkan kerja orang lain atau membahagiakan orang lain? Atau adakah aku akan menjadi seorang rakan kerja yang bengap dan menyusahkan orang lain? Adakah rakan sekerjaku menyimpan perasaan benci atau tak suka kepadaku? Bagaimanakah aku pada pandangan mata mereka?

Jujur aku penat. Setiap hari fikiran dan perasaan ini berlegar-legar dalam akal fikiran dan benak hatiku. Aku cuma mahu rehat. Mahu hidup sebagai orang lain yang jalan ceritanya jauh berbeza daripada jalan ceritaku. Sampai bila aku perlu hadapi semua ini? Mengapa aku terlalu berbeza daripada orang lain? Mengapa kita perlu sama? Adakah satu kesalahan jika personaliti kita berbeza? Perlukah kita menerima mereka yang sama seperti kita dan menolak mereka yang berbeza daripada kita? Begitukah peraturannya? Aku mahu jadi diri sendiri. Aku cuba sayangi diri aku. Tapi mengapa penerimaan manusia sekelilingku berbeza.

Wahai akal fikiran dan hati, berhentilah.

No comments:

Post a Comment